Kain batik seragam dengan corak dan logo sendiri

Mahu batik eksklusif untuk organisasi anda? Batik Republik menghasilkan kain batik seragam dengan corak dan logo organisasi anda sendiri, untuk tempahan 1,000 meter ke atas.

Pasangan berbaju batik Royal Silk Premium D14503-2 melihat buku sampel kain di bilik mesyuarat
Dalam gambar: Royal Silk Premium D14503-2

Identiti sendiri pada kain batik

Tempahan khas ini sesuai untuk jabatan kerajaan, syarikat, GLC dan sekolah yang mahu identiti sendiri pada pakaian rasmi.

Logo organisasi anda boleh dimasukkan ke dalam corak. Rekaan tetap mengikut gaya corak eksklusif kami yang diinspirasikan daripada batik lukis.

Minimum 1,000 meter

Corak dan logo sendiri diterima untuk tempahan 1,000 meter ke atas.

Perlukan kurang daripada 1,000 meter? Pilih corak eksklusif sedia ada daripada katalog kami. Harga borong untuk 5 pasang ke atas, dan boleh campur corak.

Jenis kain dan jahitan

Spesifikasi kain untuk tempahan khas boleh dibincangkan bersama wakil jualan kami. Koleksi sedia ada termasuk Royal Silk Premium, Dobby Silk Premium, Swiss Crepe, Primadona dan Jacquard Luxe Digital.

Kain dibekalkan ikut meter. Perlukan baju siap dijahit? Tempahan jahit juga diterima.

Perolehan dan penghantaran

Kami pembekal berdaftar MOF dan ePerolehan. LO serta cek syarikat atau jabatan diterima.

Sampel kain boleh dilihat di Kuala Krai dan Pasir Mas, atau dengan temu janji di Bandar Puteri Bangi. Kami hantar ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Katalog

Tengok koleksi sedia ada

Soalan lazim

Yang selalu ditanya

Berapa minimum untuk corak dan logo sendiri?

Minimum 1,000 meter.

Boleh pilih jenis kain untuk tempahan khas?

Jenis kain boleh dibincangkan dengan wakil jualan kami ikut keperluan tempahan anda.

Kurang daripada 1,000 meter, boleh tempah?

Boleh pilih corak eksklusif sedia ada daripada katalog. Harga borong untuk 5 pasang ke atas dan boleh campur corak.

Macam mana nak dapat sebut harga?

Hubungi wakil jualan yang melayan anda. Belum ada wakil jualan? Isi borang sebut harga di halaman utama kami.

Panduan

Baca juga

Sebut harga percuma

Corak dan logo organisasi anda sendiri

Identiti batik eksklusif untuk tempahan 1,000 meter ke atas, sama ada kain atau siap dijahit.

  • 5,000+ sekolah dan jabatan
  • Pembekal MOF dan ePerolehan
  • Hantar seluruh Malaysia