Kain batik korporat untuk syarikat, GLC dan agensi

Penampilan warga kerja mencerminkan imej rasmi organisasi anda. Batik Republik membekalkan kain batik seragam kepada syarikat, GLC, agensi kerajaan dan sekolah di seluruh Malaysia.

Pasangan berbaju batik Royal Silk Premium D14503-4 berbual di pejabat korporat
Dalam gambar: Royal Silk Premium D14503-4

Kain ikut meter, tempahan jahit pun diterima

Kami jual kain batik ikut meter, bukan baju siap. Baju setiap kakitangan boleh dijahit ikut saiz dan potongan masing-masing.

Perlukan baju siap dipakai? Tempahan jahit juga diterima. Pengurus sumber manusia dan jawatankuasa seragam boleh urus semuanya dengan satu pembekal.

Pilih kain ikut tugas

Setiap bahagian dalam organisasi ada keperluan berbeza. Pilih daripada lima koleksi kami:

  • Royal Silk Premium: kemas, korporat dan pilihan utama kakitangan kerajaan.
  • Dobby Silk Premium: tahan lasak, tidak mudah berkedut dan mudah dijaga.
  • Swiss Crepe: sejuk dan selesa dipakai sepanjang hari.
  • Primadona: corak eksklusif inspirasi batik lukis sebenar.
  • Jacquard Luxe Digital: edisi terhad, sejuk, lembut dan jatuh terletak.

Pilih warna bersama AJK dengan mudah

Semua corak kami eksklusif dan diinspirasikan daripada batik lukis. Tekan ikon hati pada warna yang anda suka di laman web ini.

Senarai itu boleh dikongsi terus kepada ahli jawatankuasa atau ketua jabatan dengan satu pautan. Kelulusan jadi lebih cepat.

Harga borong dan perolehan rasmi

Harga borong untuk 5 pasang ke atas, dan anda boleh campur corak. Harga diberi oleh wakil jualan kami.

Kami pembekal berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan ePerolehan. Pesanan Kerajaan (LO) serta cek syarikat atau jabatan diterima.

Lihat sampel dan penghantaran

Sampel kain boleh dilihat di cawangan Kuala Krai dan Pasir Mas, atau dengan temu janji di Bandar Puteri Bangi.

Kami hantar ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Katalog

Kain batik untuk seragam korporat

Soalan lazim

Yang selalu ditanya

Batik Republik jual baju siap atau kain?

Kami jual kain batik ikut meter, bukan baju siap. Tempahan jahit juga diterima.

Boleh campur corak dalam satu tempahan?

Boleh. Tempahan 5 pasang ke atas dapat harga borong dan boleh campur corak.

Boleh tempah melalui ePerolehan atau LO?

Boleh. Kami pembekal berdaftar MOF dan ePerolehan, dan menerima LO serta cek syarikat atau jabatan.

Macam mana nak tengok kain dulu?

Lihat sampel di cawangan Kuala Krai dan Pasir Mas, atau buat temu janji di Bandar Puteri Bangi.

Panduan

Baca juga

Sebut harga percuma

Seragam batik korporat untuk organisasi anda

Pilih daripada 300+ corak eksklusif. Kain ikut meter atau siap dijahit, dihantar ke seluruh Malaysia.

  • 5,000+ sekolah dan jabatan
  • Pembekal MOF dan ePerolehan
  • Hantar seluruh Malaysia