Tarikh sesi persekolahan 2027
Mengikut Surat Siaran KPM tentang Kalendar Akademik 2027, sesi persekolahan sekolah KPM bermula 4 Januari 2027.
Sesi berakhir 2 Disember 2027 bagi Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 3 Disember 2027 bagi Kumpulan B.
Langkah 1: kira guru dan staf
Senaraikan semua guru dan staf yang terlibat, kemudian kumpul saiz setiap orang.
Ambil kira guru baharu yang masuk sepanjang tahun. Tempah sedikit meter tambahan supaya corak mereka kekal sedondon.
Langkah 2: undi warna dengan satu pautan
Senarai pendek beberapa warna dan corak. Tekan ikon hati untuk simpan warna di laman web kami, kemudian kongsi senarai itu kepada guru dan staf dengan satu pautan.
Tetapkan tarikh akhir undian supaya keputusan cepat.
Langkah 3: pilih kain ikut rutin sekolah
- Royal Silk Premium: kemas dan korporat, sesuai untuk hari rasmi dan majlis.
- Dobby Silk Premium: tahan lasak, tidak mudah berkedut dan mudah dijaga, sesuai dipakai setiap minggu.
- Swiss Crepe: sejuk dan selesa untuk guru yang banyak bergerak.
Langkah 4: saiz, jahitan dan rekod
Kami jual kain ikut meter, bukan baju siap. Tempahan jahit juga diterima.
Simpan rekod nama, saiz dan meter setiap orang supaya agihan mudah. Harga borong untuk 5 pasang ke atas, dan boleh campur corak.