Kenal dulu jenis batik anda
Batik digital (batik printed): corak dicetak pada kain. Semua kain batik seragam dalam katalog laman web ini ialah batik digital.
Batik lukis: corak dilukis dengan tangan menggunakan lilin dan canting. Setiap helai unik.
Batik digital: lasak dan mudah dijaga
- Boleh basuh dengan mesin basuh.
- Boleh basuh bersama pakaian lain.
- Boleh jemur di bawah matahari.
- Warnanya tidak mudah luntur atau pudar, jadi sesuai dipakai setiap minggu.
Cuma elakkan peluntur, dan seterika pada suhu sederhana, bukan paling panas.
Batik lukis: perlukan penjagaan rapi
- Basuh dengan tangan, guna air sejuk dan sabun lembut.
- Basuh berasingan, terutama beberapa kali pertama, kerana warna mungkin keluar.
- Jangan gosok kuat dan jangan rendam lama.
- Jemur di tempat teduh, bukan di bawah matahari terik.
- Seterika suhu rendah dari bahagian dalam baju.
- Jangan guna peluntur.
Di mana nak dapatkan batik lukis
Batik lukis Batik Republik dijual di kedai sahaja, iaitu di cawangan Kuala Krai dan Pasir Mas. Setiap corak hanya ada satu, jadi ia tidak dimasukkan ke dalam laman web.
Untuk batik seragam sedondon, pilih batik digital dalam katalog kami.
Jika kain ada label penjagaan, ikut arahan pada label itu.