Panduan

Hari Batik Malaysia 2026: sejarah dan idea sedondon untuk jabatan

Hari Batik Malaysia disambut pada 3 Disember setiap tahun. Pada tahun 2026, tarikh ini jatuh pada hari Khamis, iaitu hari wajib Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, tertakluk kepada pengecualian JPA.

Asal usul Hari Batik Malaysia

Hari Batik Malaysia diisytiharkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, pada 1 Disember 2021, dengan 3 Disember ditetapkan sebagai tarikh sambutan setiap tahun.

Tarikh 3 Disember dipilih untuk menghargai Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, yang memulakan gerakan Malaysian Batik: Crafted for the World pada 3 Disember 2003. Rakyat digalakkan memakai batik Malaysia pada hari tersebut.

2026 jatuh pada hari Khamis

Mengikut Surat Edaran JPA bertarikh 21 Ogos 2023, Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan wajib memakai Pakaian Batik Malaysia setiap hari Khamis semasa waktu bekerja.

Ini menjadikan 3 Disember 2026 peluang baik untuk jabatan anda meraikan batik secara serentak. Untuk program rasmi sambutan tahun ini, rujuk pengumuman MOTAC atau Kraftangan Malaysia.

Idea sambutan untuk jabatan dan sekolah

  • Pakai batik sedondon satu warna untuk gambar berkumpulan.
  • Pilih dua atau tiga warna yang serasi jika mahu lebih meriah, contohnya ikut bahagian atau unit.
  • Minta AJK senarai pendek beberapa pilihan warna, kemudian buka undian kepada semua kakitangan.

Pilih warna untuk gambar berkumpulan

Satu warna utama paling kemas dalam gambar. Corak boleh berbeza selagi warnanya serasi.

Simpan warna pilihan dengan ikon hati di laman web kami, kemudian kongsi senarai itu kepada AJK dengan satu pautan supaya semua orang melihat pilihan yang sama.

Rancang awal untuk kain dan jahitan

Tempahan kain dan jahitan perlukan masa. Kumpul bilangan pemakai dan saiz lebih awal.

Batik Republik menjual kain batik seragam ikut meter dan menerima tempahan jahit. Pilih Royal Silk Premium untuk penampilan kemas dan korporat, Dobby Silk Premium yang mudah dijaga, atau Swiss Crepe yang sejuk dan selesa.

Soalan lazim

Yang selalu ditanya

Bila Hari Batik Malaysia 2026?

3 Disember 2026, hari Khamis.

Hari Batik Malaysia cuti umum?

Tidak. Ia hari sambutan, bukan cuti umum. Rakyat digalakkan memakai batik Malaysia pada hari itu.

Penjawat awam kena pakai batik pada 3 Disember 2026?

Ya bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, kerana hari Khamis memang hari wajib Pakaian Batik Malaysia, tertakluk kepada pengecualian JPA.

Kenapa 3 Disember?

Untuk menghargai Allahyarhamah Tun Endon Mahmood yang memulakan gerakan Malaysian Batik: Crafted for the World pada 3 Disember 2003.

Boleh tempah batik sedondon untuk satu jabatan?

Boleh. Harga borong untuk 5 pasang ke atas dan boleh campur corak. Kami hantar ke seluruh Malaysia.

Panduan

Baca juga

Sebut harga percuma

Rancang batik sedondon untuk 3 Disember

300+ corak eksklusif dan penghantaran ke seluruh Malaysia. Tempah awal supaya kain dan jahitan sempat siap.

  • 5,000+ sekolah dan jabatan
  • Pembekal MOF dan ePerolehan
  • Hantar seluruh Malaysia